BILIK BOSS SMK KAPIT

Friday, 30 March 2012

Penghargaan Kepada Para Guru GSTT tahun 2010

Para guru GSTT bertungkus lumus menyusun dan melabel buku teks untuk kegunaan tahun 2011

Kebanyakan buku teks yang dihantar ke SMK Kapit akan diterima pada hujung tahun. Keadaan ini sudah pasti memerlukan bantuan tenaga guru-guru yang sentiasa berada di sekolah pada ketika itu. Saya cukup bertuah pada ketika itu kerana terdapat agak ramai guru GSTT (Guru Sandaran Tidak Terlatih) di sekolah. Kesanggupan mereka untuk membantu memproses buku-buku teks untuk kegunaan pada tahun berikutnya amat menggembirakan hati saya. Apatah lagi, kerja-kerja yang  dijalankan mereka sangat tersusun dan bersistematik. Bermula daripada Cikgu Rubica, Cikgu Sidi, Cikgu Siti Amba, Cikgu Sita, Cikgu Jackqualine , Cikgu Caroline dan Cikgu Jelita telah menunjukkan semangat dedikasi mereka dalam menjalankan tugas. Keceriaan mereka dalam Bilik BOSS telah menunujukkan bahawa kerja berpasukan amat penting untuk mencapai kejayaan.

Wednesday, 28 March 2012

Penghargaan kepada Cikgu Teoh Say Beng

Cikgu Teoh Say Beng

Penulisan saya pada kali adalah ditujukan khas untuk bekas guru SPBT SMK Kapit iaitu Cikgu Teoh Say Beng. Cikgu Teoh adalah anak kelahiran Pulau Pinang telah lama berkhidmat di negeri Sarawak hampir lebih 22 tahun. Perjuangan beliau di SMK Kapit selama 10 tahun sehingga kini masih utuh semangatnya untuk berbakti demi anak bumi kenyalang.  Beliau sentiasa membimbing dan membantu saya dalam urusan surat menyurat dan sistem penfailan yang amat penting untuk kelancaran aktiviti pemeriksaan stok buku teks. Sejak beliau menyerahkan jawatan tersebut kepada saya pada tahun 2011, pelbagai pengalaman beliau telah saya pelajari. Cikgu Teoh memang tidak lokek dengan ilmu pengetahuan telah menjadikan saya lebih cekap dan memahami selok belok berkaitan SPBT ini. Jasa Cikgu Teoh tetap amat saya hargai selama mana beliau berkhidmat dalam dunia pendidikan.

Tuesday, 27 March 2012

Baju Edisi Pertama Kelab BOSS SMK Kapit

Baju Edisi Pertama yang dipakai oleh para pelajar

Keceriaan Kelab BOSS 2011 dibangkitkan lagi dengan idea Guru Penasihat Utama Kelab BOSS iaitu En.Kumaresan dengan menghasilkan baju kelab dengan gabungan corak yang bermotifkan kesenian Sarawak. Jelas para pelajar sangat bergembira dengan corak istimewa yang dihasilkan kerana ianya sangat unik dan berkualiti tinggi. Motif corak rama-rama dan slogan "New Generation" telah berjaya membawa Kelab BOSS melangkah lebih jauh ke hadapan. 

Happie Alang bersama Baju Kelab BOSS edisi pertama

Gambar Kenangan Kelab BOSS 2011

Gambar bersama Kelab BOSS 2011 (duduk nombor 4 dari sebelah kiri)

Sebaik sahaja dilantik menjadi guru SPBT SMK Kapit, saya terus menghidupkan kembali Kelab Bilik BOSS yang telah lama dilupakan oleh pihak sekolah. Mungkin kerana kekurangan ahli sebelum ini, telah menyebabkan kelab ini tidak disenaraikan dalam bidang kokurikulum. Namun pada tahun 2011, Kelab BOSS berjaya dihidupkan kembali dan disokong oleh beberapa orang guru SMK Kapit terutamanya Cikgu Hafez Jahauddin, Cikgu Mazlan, Cikgu Md.Shukri dan Cikgu Teoh Say Beng. Ahli kelab ini direkrut daripada pelajar asrama sekolah kerana ia lebih memudahkan aktiviti sebelah petang. Kebanyakan pelajar asrama yang terdiri daripada etnik Kenyah dan Penan telah banyak memberi sumbangan kepada kelab ini.

Selamat Datang Ke Ruangan Kelab BOSS SMK Kapit

 Simbol Generasi Baru BOSS SMK Kapit

Kelab BOSS (Bilik Operasi SPBT Sekolah) SMK Kapit telah diwujudkan secara rasmi pada tahun 2011. Keahliannya semakin bertambah dan dibantu oleh para pelajar dan guru yang berdedikasi terhadap tugasan mereka. Ruangan ini akan melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan untuk tatapan anda semua. SMK Kapit Bergerak Maju.