BILIK BOSS SMK KAPIT

Tuesday 27 March 2012

Gambar Kenangan Kelab BOSS 2011

Gambar bersama Kelab BOSS 2011 (duduk nombor 4 dari sebelah kiri)

Sebaik sahaja dilantik menjadi guru SPBT SMK Kapit, saya terus menghidupkan kembali Kelab Bilik BOSS yang telah lama dilupakan oleh pihak sekolah. Mungkin kerana kekurangan ahli sebelum ini, telah menyebabkan kelab ini tidak disenaraikan dalam bidang kokurikulum. Namun pada tahun 2011, Kelab BOSS berjaya dihidupkan kembali dan disokong oleh beberapa orang guru SMK Kapit terutamanya Cikgu Hafez Jahauddin, Cikgu Mazlan, Cikgu Md.Shukri dan Cikgu Teoh Say Beng. Ahli kelab ini direkrut daripada pelajar asrama sekolah kerana ia lebih memudahkan aktiviti sebelah petang. Kebanyakan pelajar asrama yang terdiri daripada etnik Kenyah dan Penan telah banyak memberi sumbangan kepada kelab ini.

No comments:

Post a Comment