BILIK BOSS SMK KAPIT

Friday 30 March 2012

Penghargaan Kepada Para Guru GSTT tahun 2010

Para guru GSTT bertungkus lumus menyusun dan melabel buku teks untuk kegunaan tahun 2011

Kebanyakan buku teks yang dihantar ke SMK Kapit akan diterima pada hujung tahun. Keadaan ini sudah pasti memerlukan bantuan tenaga guru-guru yang sentiasa berada di sekolah pada ketika itu. Saya cukup bertuah pada ketika itu kerana terdapat agak ramai guru GSTT (Guru Sandaran Tidak Terlatih) di sekolah. Kesanggupan mereka untuk membantu memproses buku-buku teks untuk kegunaan pada tahun berikutnya amat menggembirakan hati saya. Apatah lagi, kerja-kerja yang  dijalankan mereka sangat tersusun dan bersistematik. Bermula daripada Cikgu Rubica, Cikgu Sidi, Cikgu Siti Amba, Cikgu Sita, Cikgu Jackqualine , Cikgu Caroline dan Cikgu Jelita telah menunjukkan semangat dedikasi mereka dalam menjalankan tugas. Keceriaan mereka dalam Bilik BOSS telah menunujukkan bahawa kerja berpasukan amat penting untuk mencapai kejayaan.

No comments:

Post a Comment