BILIK BOSS SMK KAPIT

Wednesday, 28 March 2012

Penghargaan kepada Cikgu Teoh Say Beng

Cikgu Teoh Say Beng

Penulisan saya pada kali adalah ditujukan khas untuk bekas guru SPBT SMK Kapit iaitu Cikgu Teoh Say Beng. Cikgu Teoh adalah anak kelahiran Pulau Pinang telah lama berkhidmat di negeri Sarawak hampir lebih 22 tahun. Perjuangan beliau di SMK Kapit selama 10 tahun sehingga kini masih utuh semangatnya untuk berbakti demi anak bumi kenyalang.  Beliau sentiasa membimbing dan membantu saya dalam urusan surat menyurat dan sistem penfailan yang amat penting untuk kelancaran aktiviti pemeriksaan stok buku teks. Sejak beliau menyerahkan jawatan tersebut kepada saya pada tahun 2011, pelbagai pengalaman beliau telah saya pelajari. Cikgu Teoh memang tidak lokek dengan ilmu pengetahuan telah menjadikan saya lebih cekap dan memahami selok belok berkaitan SPBT ini. Jasa Cikgu Teoh tetap amat saya hargai selama mana beliau berkhidmat dalam dunia pendidikan.

1 comment: